15 February 2011

10 Petanda Dia JODOH Kita


10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
  
5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

14 February 2011

Perempuan

tercipta untuk menemani adam
ketika duka atau suka
bukan untuk jadi boneka



perempuan yang tercipta
dengan keindahan dan kecantikkan
bukan paras jadi ukuran
di dalam hati dinilai



mengapa perempuan itu
kau persalahkan
sedangkan perempuan itu
mesti kau didik dan dibelai



mengapa perempuan itu dipersalahkan
sekiranya engkau sendiri gagal
dia perempuan
kekasih,teman,

isteri dan ibu
penuh kelembutan
penuh keibuan


pandulah dia perempuan
kerana engkaulah pemimpin

11 February 2011

Pameran Pengantin @ SACC

Waahhh...dengan rehat yang panjang, skuter pink dan kawan2 (aleen n tika) g pameran pengantin...memang cantik2, tapi pakej nye semua mahal2....tak berbaloi...sape yang banyak duwet leh la...skuter pink cume cadangkan g pameran tu boleh, tapi just amik idea je...hehehehe

   







10 February 2011

Dari Dapur Skuter Pink


Caye atau tidak...akhirnya skuter pink berjaya wat kek...tak kisah la, kalau orang nak cakap (alaahhhh wat kek kan kacang)...memang kacang, tapi kalau tak kena gayanye boleh bantat....nilah hasilnya kek yang skuter pink buat.. Lepas ni tak delah rase bersalah sangat kat opismate skuter pink....


 

09 February 2011

Fahami Hati Seorang Lelaki

Lelaki oh lelaki. Kadangkala kita tidak tahu sejauh mana seseorang lelaki itu benar-benar menyayangi diri kita atau tidak.  Memang mudah untuk melafazkan kata cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan!  Kalau anda ingin tahu , orang lelaki yang betul-betul mencintai dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan! Hmm… hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba semulajadi berubah menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.  Walau keras mana hati insan bergelar lelaki, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Sebagai seorang perempuan kekasih kepada lelaki, hendaklah kita menghargai segala kasih sayang, pengorbanan yang diberikan kepada kita. Terima mereka seadanya dalam segala hal.



Ayuh, kita lihat lelaki mana yang benar-benar mencintai kita sepenuh hati dan sanggup sehidup semati dengan kita hingga ke akhir hayat !

  • Dia lelaki sanggup melakukan apa-apa saja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa.
  • Dia lelaki sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya  dan berubah menjadi orang yang ringan mulut(peramah dan suka berbual).
  • Dia lelaki banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayangkan kekasihnya.
  • Dia lelaki yang sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Dia lelaki yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curiga.
  • Dia lelaki yang tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia lelaki yang mudah sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya.
  • Dia lelaki menjadi rajin dan sanggup membantu kekasihnyan melakukan apa saja.
  • Dia lelaki yang pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya.
  • Dia lelaki akan tidak keruan apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
  • Dia lelaki yang sentiasa memeastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia lelaki yang lebih mementingkan kekasih dari dirinya.
  • Dia lelaki yang kerap bertanya adakah dirinya dicintai kerana merasakan lebih kuat dari kekasihnya.
  • Dia lelaki yang tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  • Dia lelaki yang sanggup meluangkan lebih banyak masa dengan kekasih walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
  • Akan memuji kekasihnya di hadapan orang lain
  • Apabila muncul orang ketiga, dia sangguo melakukan apa saja untuk merebut kembali hati kekasihnya.
  • Menganggap kekasihnya orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta bahkan nyawanya sendiri.
  • Tidak akan bersikap curang, namun sekiranya ini berlaku dia tidak 100% mencintai anda.
  • Yang paling penting, tidak semua insan bergelar lelaki sangup mengalirkan air mata hanya untuk perempuan.
  • Jadi, wahai wanita bersedialah anda untuk memahami secebis hati milik seorang insan bergelar lelaki.  







06 February 2011

Buat Awak Yang Saya Sayang....


terima kasih atas semuanya...
memberi peluang saya menjadi insan teristimewa
dalam hidup awak...

buat awak yg saya sayang

walaupun saya tiada disisi awak
saya tetap menyayangi awak
saya tetap ingat kat awak...

buat awak yang saya sayang..
saya sayang awak,
biar pun kita jauh saya tetap sayang awak,
biar pun kita jarang jumpe saya tetap sayang awak,
biar pun awak mcm mane saye tetap sayang awak,
pendek kata saya mmg sayangkan awak...

buat awak yang saya sayang...

walaupun awak bukan yang pertama
tapi bagi saya awak tetap yang pertama

buat awak yang paling saya sayang...
terima kasih kerana sentiasa sabar ngan sikap saya,
buat awak yang paling saya kasihi...
terima kasih kerana masih setia ngan saya,walau pun saya ni banyak kekurangan,
buat awak yang sentiasa dalam ingatan saya.....
terima kasih kerana hanya awak merindui saya
terima kasih...terima kasih...
dalam hati saya ni selalu ingat dan sayang awak...




Belajar Menerima Kenyataan

Kadang-kadang hidup ini pelik…yer la sukar nak menerima kenyataan hidup yg sebenarnya..tak kira la sukar nk terima kenyataan ditinggalkan kekasih, gagal dlm bercinta,gagal naik nk dapat kerja dan mcm2 lagi la yg berkaitan dgn gagal ni… memang la tak dinafikan, mmg sukar nk terima kenyataan ni dlm ms yg singkat tp ia mengambil masa utk menenangkan jiwa yg kacau bilau…
kalau kita gagal bercintakita fikirkan kembali kenapa gagal…kenapa , apa, di mana, bagaimana boleh gagal????? kita renung kembali apa yg pernah kita lakukan menyebabkan semuanya gagal..salah kita atau salah bekas pasangan kita???? itu kena tanya ati sendiri la kan….hehehehehe… sebab sekarang apa yg penting kita harus belajar menerima kenyataan yg kita ni dah kembali solo… tp ada yg tak boleh terima kenyataan ni…ada yg menyeksa diri gara2 gagal menerima kenyataan ….jangan & terus jangan… sebab kita ni insan yg berakal … dgn menerima kenyataan ini maka hidup kita akan lebih rasional … percayalah… mungkin seedy jugak bg mereka yg perasaannya dimainkan…tapi sakit yang dirasa sekarang akn mnjadi panduan kita untk masa depan..smoga yang lnsan lebih baik dan lebih menghargai datang di dalam hidup…
kalau kita gagal dpt kerja/naik pangkat mcmana plak yerr.. ermmm pun satu penyakit tak ble terima kenyataan ni..mula la nak marah2 ketua, kata bg markah sikit tp sebenarnya itulah sebenarnya realiti kita, budaya kerja, etika kerja, semangat integriti, nilai sensitiviti terhadap kerja yg terlalu kurang… itu semuanya dikawal oleh minda kita.. kalau positif, positif lah ia, kalau sebaliknya …???? (kita fikirkan sama-sama) pendek kata kena terima kenyataan sebab lepas tu baru boleh tingkatkan potensi kerja… yang dh berusaha sebaik mungkin..mungkin ini bkn rezeki kita…percaya kepadaNya yang memberi rezeki kpd kita…jgan cepat putus asa..inilah ujiannya kepda kita…teruskan berusaha..mngkn balasannya bkn sekrag tp di masa depan..bcoz our future is unpredictable
p/s : sama2 kita renungkan supaya kita boleh terima kenyataan hidup yg penuh mencabar ini … mudah untuk menulis..tetapi yang menghadapinya adalah kita…hadapi dengan senyuman....

05 February 2011

Perbezaan Antara Lelaki dan Perempuan

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah :


..... & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan sayu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksudnya lelaki lebih bijak kerana dia mempunyai sembilan akal...tetapi tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dan perempuan :




  • cara berkomunikasi
  • cara berfikir
  • tahap kepekaan dan perasaan
  • tanggapan
  • tindakan dan perbuatan
  • kaedah mempamerkan kasih sayang
  • kehendak dan pengharapan
  • cara mempamerkan penghargaan
  • cara dan daya khayalan
  • daya pengamatan dan konsentrasi
  • cara dan pengisian doa




Gerak hari orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi kaum lelaki mestilah ingat, jangan cuba sesakali membohongi kaum perempuan.

Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan malahnya kepada orang lain. Berbeza dengan kaum lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan orang perempuan. Sebab orang perempuan apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel

Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama berbandingan dengan orang perempuan, yang lebih gemar merajuk berhari-hari (bukan dengan niat untuk merajuk berhari-hari) hanya untuk menstabilkan emosinya sahaja..








04 February 2011

Kek Coklat Moist Skuter Pink

Selamat cuti panjang.....

Skuter pink kena tunaikan 1 permintaan dari kawan opis skuter pink..die nak makan kek coklat yang skuter pink buat. Masalah beso juga ni, sebab bab buat kek ni, skuter pink memang kureng sikit...penah juga buat, cume kebarangkalian nak jadi tu susah sikit...hehehe

Tapi tak pe, sebagai 1 cabaran untuk skuter pink, dengan rase bangganye skuter pink akan buatkan juga kek coklat tu...Skuter pink dah salin resepi dari My Risipi..




Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
  5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.


Marilah kite same2 mencube...
Anda Buat....Anda Dapat...

02 February 2011

5 Cara Mudah Untuk Berhenti Merokok




Merokok adalah satu tabiat yang bukan hanya tidak sihat, malah merbahaya dan boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang kritikal. Terdapat banyak tips untuk berhenti merokok tetapi majoritinya terdiri dari senarai perkara yang kita harus buat atau sebaliknya yang agak sukar untuk diamalkan. Merokok sebenarnya adalah satu tabiat dan ia mengambil masa untuk diubah. Untuk menghentikan tabiat yang tidak sihat ini, ianya mestilah mempunyai ciri-ciri yang mudah untuk diterapkan dalam kehidupan seharian supaya tidak terasa seperti bebanan yang terlalu berat untuk dilaksanakan.
Berikut adalah tips mudah untuk mereka yang ingin berhenti merokok. Anda boleh cuba semua atau pilih salah satu, tapi ingat ia tentu tidak berjaya tanpa niat yang ikhlas.





1. Selalu Berpuasa.

Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.


2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.

Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.


3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.

Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.


4. Aktif bersukan.

Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.


5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.

Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.




Masalah Cakera Tulang Belakang Skuter Pink

Boleh dikatakan semua orang pernah mengalami masalah sakit pinggang dan belakang. Walaupun dulu ia sering dikatakan sebagai tanda penuaan, kini ia boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Sakit pinggang dan belakang boleh melumpuhkan aktiviti harian seseorang. Apatah lagi jika kesakitan itu keterlaluan dan 'menjalar' ke bahagian badan lain. Masalah ini juga memaksa sesetengah pesakit berehat sepenuhnya di katil selama beberapa bulan.


Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.
Ada banyak jenis sakit belakang, tetapi paling biasa ialah rasa ketidakselesaan. Penyebab dan darjah kesakitan berbeza antara individu. Ada yang mengalami kesakitan akut, berpanjangan atau tegang pada satu tempat, terutama jika anda berbaring atau duduk pada satu posisi terlalu lama.

Yang penting ialah mengenal pasti jenis kesakitan yang anda alami kerana ia boleh membantu dan menjadi panduan kepada doktor bagi mengenal pasti punca masalah anda. Ini kerana ada masalah sakit belakang turut menyebabkan kesakitan pada kaki dan ia sering disalah tafsir.


Saraf dan Cakera Tulang Belakang

Jika anda mengalami kesakitan teruk diikuti rasa kebas, lebih baik segera berjumpa doktor kerana ia mungkin menandakan ada yang tidak kena dengan saraf tunjang.

Pergerakan saraf yang sihat dalam tulang belakang tidak akan menyebabkan kita berasa sakit. Kita hanya berasa sakit apabila saraf ini terhalang, tertekan, terhimpit, mengalami keradangan atau bengkak.

Saraf boleh mengalami keradangan dan bengkak apabila ia tertekan, contohnya apabila cakera tulang belakang teralih. Cakera ini berbentuk bulat tetapi leper dan mengandungi cecair untuk menyerap hentakan. Perubahan yang berlaku pada cakera ini boleh menyebabkan kesakitan.

Masalah Cakera

Ada beberapa jenis masalah cakera tulang belakang iaitu :

* Cakera bengkak.
* Cakera teralih — ada beberapa jenis, sama ada ia terkeluar sedikit, separuh atau pecah.
* Cakera menjadi nipis (hasil pergerakan).
* Kemerosotan cakera pembentukan osteofit, iaitu satu unjuran tulang berbentuk duri. Ia terbentuk pada kawasan yang mengalami kemerosotan dan disebabkan proses penuaan.

Masalah cakera boleh berlaku pada mana-mana bahagian tulang belakang dari leher (dipanggil tulang servikal, C1 hingga C7); torasik (pada dada, T1 hingga T12) atau lumbar (di bawah pinggang, L1 hingga L5). Contohnya C1 bermakna tulang servikal pertama pada leher (di bawah kepala).

Namun bahagian yang kerap menyebabkan kesakitan ialah pada tulang servikal C5 hingga C7 dan lumbar iaitu L3, L4 dan L5 kerana ia paling banyak bergerak. Saraf tunjang terletak dalam turus tulang belakang dan pada setiap bahagian tulang akan keluar dua saraf di kiri dan kanan.

Apa-apa saja yang menekan, menghalang atau menyebabkan saraf terjejas akan menyebabkan kita berasa sakit. Setiap tulang belakang ini ada satu sendi besar dan dua sendi kecil. Sebarang masalah pada sendi ini juga boleh menyebabkan kesakitan.

Kesakitan dialami setiap orang berbeza. Tidak kurang juga tersilap diagnos, terutama jika pesakit mengadu sakit seluruh kaki. Sakit pada seluruh kaki (belakang) yang bermula dari bahagian atas menunjukkan ia ada kaitan dengan saraf siatika. Ia sebenarnya sakit belakang yang menjalar ke seluruh kaki kerana saraf siatika tertekan atau terhimpit. Kesakitan ini lebih terasa apabila seseorang itu bersin atau batuk.

Masalah cakera boleh berlaku pada mana-mana bahagian. Ia boleh disebabkan faktor penuaan, genetik, kecacatan sejak lahir (kongenital) atau kerosakan mekanikal seperti stenosis, iaitu penyempitan anbormal pada laluan saraf mengakibatkan saraf tertekan atau terhimpit.

Rawatan

Bukan semua orang memerlukan rawatan. Individu yang berasakan kesakitan itu masih boleh ditanggung dan tidak menjejaskan aktiviti harian tidak memerlukan rawatan, walaupun ujian menunjukkan mereka mengalami masalah cakera.

Rawatan hanya diberi apabila kesakitan dialami menjejaskan fungsi seseorang. Ada beberapa jenis rawatan, tetapi biasanya masalah sakit belakang dimulakan dengan rawatan konservatif iaitu rehat dan fisioterapi.

Kaedah lain yang digunakan ialah prosedur laminektomi, iaitu sama ada pembuangan lamina atau cecair dalam cakera. Dalam proses pembuangan lamina, doktor memotong lapisan tisu nipis pada tulang belakang bagi mengurangkan kesakitan.

Jika masalah berpunca daripada sendi yang tidak stabil, doktor menjalankan prosedur mematikan sendi dengan mencantumkan dua tulang. Bagaimanapun, ini adalah kaedah lama dan jarang digunakan lagi.

Cara terbaru ialah pembedahan penggantian sendi. Bagaimanapun, keputusan diperoleh berbeza. Biasanya hasil pembedahan pada sendi tulang servikal lebih baik daripada tulang lumbar. Jika anda mahu memilih kaedah ini, bincang dulu dengan doktor.

Kaedah terbaru untuk mengatasi masalah sakit belakang ialah suntikan epidural atau epiduralisis. Ia berkesan untuk mengurangkan keradangan saraf, tidak memerlukan pembedahan dan mempunyai risiko komplikasi rendah.

Lebih 70% kes sakit belakang dapat dikurangkan melalui kaedah suntikan epidural. Bagaimanapun, jangan salah anggap kerana ia tidak sama dengan epidural untuk wanita bersalin. Kesan ubat bertahan enam bulan dan paling penting ialah ia boleh meningkatkan keupayaan seseorang untuk bergerak dengan lebih baik.

Kaedah ini mudah, lebih murah dan cepat. Pesakit tidak perlu masuk ke hospital dan boleh balik selepas menerima suntikan. Selepas diperiksa, doktor memberi suntikan pada bahagian saraf yang bengkak atau mengalami keradangan menggunakan kateter khas.

Siapa Yang Sesuai Mendapatkan Suntikan Ini?.

+ Individu yang masih mengalami kesakitan walaupun melakukan pelbagai kaedah konservatif (tidak termasuk pembedahan).

+ Individu yang mengalami masalah stenosis tulang belakang (saluran saraf pada tulang belakang menjadi sempit).

+ Individu yang ada masalah cakera teralih atau cakera pecah.

+ Individu yang alami radienlopathy — individu yang turut mengalami sakit kaki.

+ Ada masalah fibrosis epidural iaitu kehadiran parut pada tulang belakang selepas pembedahan. Parut ini melekat pada saraf dan menyebabkan kesakitan. Suntikan epidural boleh melekangkan balik saraf yang melekat itu.

+ Individu yang alami sindrom kegagalan pembedahan belakang, iaitu masih mengalami kesakitan walaupun sudah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, kaedah ini tidak sesuai bagi pesakit yang mengambil ubat pencair darah seperti pesakit jantung. Pun begitu, pesakit yang mengambil ubat pencair darah boleh mencuba kaedah ini dengan menghentikan pengambilan ubat itu untuk beberapa ketika. Bincang dengan doktor bagi mengelak masalah kesihatan.

Kaedah Rawatan Lain

Kaedah seterusnya ialah ablasi radiofrekuensi iaitu untuk membuat saraf yang menyebabkan kesakitan menjadi kebas bagi mengurangkan sensitivitinya atau mematikan terus saraf berkenaan.

Cara terakhir ialah pembedahan. Semua pesakit disaran mencuba kaedah lain terlebih dulu sebelum bersetuju menjalani pembedahan kerana bukan semua masalah sakit belakang dapat diselesaikan dengan pembedahan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan.

Hanya jika kesakitan pada kaki melebihi sakit pada pinggang hingga sukar atau tidak boleh berjalan seperti sakit siatika (akibat saraf siatika), pembedahan adalah kaedah terbaik.

Untuk kesan lebih baik, semua jenis rawatan, termasuk suntikan epidural, perlu dilengkapkan dengan senaman atau latihan fisioterapi. Buat senaman untuk menguatkan otot dan sendi tulang belakang. Antara senaman terbaik ialah berenang kerana ia bukan saja menguatkan otot, tetapi turut membantu menstabilkan tulang belakang.

Selain itu, individu yang ada masalah sakit belakang dan sudah menjalani rawatan dinasihatkan supaya mengekalkan berat badan seimbang. Kegemukan membuat masalah sakit belakang menjadi lebih teruk.

Skuter Pink @ Muzik2 25


Mari kite cari skuter pink dalam video ni...

Lagu Pilihan :: Ku Mahu Kau Tahu










Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

Cerita Lucu : GUA AJAIB

Pada suatu hari Bedah dan bapanye pegi shopping kat KL (Kuala Lumpur), ni 1st time Bedah n bapanye datang KL sebelum ni duk memerap je kat kampung. Jalan punye jalan, akhirnye Bedah terpandang 1 pintu yang catik...

Bedah pun tanye kat bapanye..."Pak, ni amende pak? 
Bapanye jawab..."Entahlah nak...bapak pun baru kali ni nengok minatang tu"

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua bongkok, tergigil2 sambil pegang tongkat pergi ke arah dinding dan menekan butang yang ade kat dinding tu....pastu pintu lif tu pun terbuka, lalu nyonya tu pun masuk dan tertutup...
tidak lama kemudian, pintu lif tu terbuka semula....TINGGGG!!!!!!

Keluarla seorang amoi yang punyelah cun melecun, seksi lagi..
Dengan pantasnye, bapak Bedah berkata, "cepat Bedah, meh kite masuk dalam Gua Ajaib ni..."
dengan pantas Bedah ngan bapaknye masuk ke dalam Gua Ajaib tu...

01 February 2011

Kata-Kata Hikmah

HADIAH TERBAIK

Kepada Musuh - Kemaafan
Kepada Ketua - Khidmat
Kepada Yang Muda - Contoh Terbaik
Kepada Yang Tua - Harga Budi Mereka dan Kesetiaan
Kepada Pasangan - Cinta dan Ketaatan 
Kepada Manusia - Kebebasan